BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
INGAT...LAPANGKAN FIKIRAN!!
MINDA POSITIF ADALAH MINDA KEJAYAAN

Penaja

TERJAH
BLOG TAMINGSARIPURBA
DIARIHAMIL
PEMINATKERIS
MYFADHLINSAKINA
GELOMBANGPUTIH
Advertise Now!

"u follow, i follow"

Isnin, 18 April 2011

Hantarkan Aku Ke sana.....

Kegelisahan memenuhi dada ini…
Bersama rasa rindu yang mendalam…
Dari hamba yang berlumur dosa dan kealpaan…
Berharap dapat bersua dengan-Mu…
Wahai Rabbul`alamiin…

Dengan taubat ku berharap…
Kuatkan jiwa ini mendatanginya…
Kukuhkan langkah kaki ini menempuhnya…
Azamkan niat ini dalam mencapainya…
Ikhlaskan hati ini menjalaninya…

Aku rindu…Aku rindu…Aku rindu…
Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH…
Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN…
Rindu bersama-Mu dalam TAUHID…
Rindu indahnya hidup dalam naungan-Mu…
Syari`at ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM

Wahai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
Hantarkanlah kerinduanku ini…
Mudahkanlah…
Lapangkanlah…
untuk meraih cita-cita…
KEMULIAAN HIDUP DALAM ISLAM
KESYAHIDAN DALAM PERJUANGAN

Aku berharap ….
Redhai dan kabulkanlah…
Amin ya Allah, ya Rabbal`alamiin…

syair-syair jihad

Bagi setiap musibah ada penghibur yang meringankannya
Tapi bagi yang menimpa Islam tiada penghiburnya
Sampai semua mihrob menangis padahal ia benda mati
Bahkan seluruh mimbar merintih sedangkan ia kayu jati
Seorang `Abid yang tunduk kepada Alloh lagi penuh kekhusyu`an
Sedang air mata dari kedua pipinya bercucuran
Kini masjid-masjid telah menjadi gereja di waktu maghrib
Tidak ada di dalamnya selain lonceng dan kayu salib
Itulah musibah melupakan apa yang telah lalu
Dan tidak mungkin lupa walau waktu telah lama berlalu…

Wahai para penunggang kuda yang kurus kelelahan
Seolah ia burung penyambar dalam bidang pacuan
Wahai para penyandang pedang India yang tajam
Seolah ia bara api di kegelapan malam yang kelam
Wahai orang-orang bercengkrama di belakang sungai karena gembira
Di negerinya mereka memiliki kejayaan dan kuasa…

Apa kalian telah mengetahui berita tentang Islam sekarang
Sungguh para pengendara telah berjalan dengan berita mereka
Sungguh banyak para tokoh meminta bantuan
Sedang mereka tawanan dan terbunuh
Namun tidak bergeming satupun manusia
Kenapa saling memutus dalam Islam di antara kalian
Sedang kalian wahai hamba-hamba Alloh adalah Saudara
Apa tidak ada jiwa-jiwa besar yang memiliki cita-cita
Apa terhadap kebaikan ini ada penolong dan pembela…

Hai orang-orang yang untuk membela suatu kaum telah terpecah banyak golongan
Yang karenanya mereka diserang kekafiran dan kedurjanaan
Kemarin mereka raja-raja di istana mereka
Sekarang dalam belenggu kekafiran mereka menjadi sahaya
Andai engkau melihat mereka bingung tiada penunjuk jalan
Berbagai pakaian kehinaan mereka telah rasakan
Andai engkau lihat tangisan mereka saat diperjual-belikan
Tentu engkau terperangah dan diliputi kepedihan…

Ya Robb, bayi dan sang ibu telah dipisahkan
Sebagaimana ruh telah dijauhkan dari badan
Sang puteri yang tak pernah dilihat matahari dengan terbuka
Seolah ia berlian dan batu permata
Kini digiring si bule sebagai budak seraya dihinakan
Matanya menangis dan hati penuh keheranan
Untuk seperti ini hati luluh karena kesedihan
Andai di hati ini ada Islam dan keimanan
Apa untuk Jihad disana ada yang mencari jalan…

Sungguh surga peristirahatan telah penuh dengan hiasan
Bidadari dan para pelayan telah menengok dari kamar-kamar
Mendapatkan kebaikan ini demi Alloh mereka para pendekar
Kemudian sholawat kepada Al-Mukhtar dari Alloh semoga di limpahkan
Sepanjang angin berhembus dan berguncang dahan pepohonan…

Jumaat, 15 April 2011

Doa Di Akhir Hayatnya..



Doa Saidina Osman Ibn Affan r.a ketika di akhir hayatnya..

Tatkala Saidina Osman sedang membaca Al-Quran, tiba-tiba datang segerombolan pemberontak memukulnya. Darah banyak mengalir sehingga ke janggut beliau.

Dalam keadaan sedemikian maka Saidina Osman berdoa, “Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, sesungguhnya aku adalah di antara orang-orang yang menganiayai diriku sendiri. Ya Allah, ya Tuhan aku mohon bantuanMu atas segala urusanku. Aku mohon padaMu supaya aku sabar menerima cubaan yang menimpa diriku ini.”

Kisah Ummu Habibah



Dalam satu peristiwa, Panglima perang Quraisy yang bernama Abu Sufyan telah menyusup masuk ke Kota Madinah secara diam-diam dan memasuki ke rumah anaknya iaitu Ummu Habibah. Ketika Abu Sufyan hendak duduk di atas tikar yang disediakan untuk tempat duduk Nabi Muhammad s.a.w Ummu Habibah menarik dan menggulung tikar itu.

Melihat perlakuan anaknya maka Abu Sufyan bertanya, “Hai anakku mengapa engkau menggulung tikar itu? apakah kerana ia terlalu buruk untukku?”

Ummu Habibah menjawab, “Tikar itu adalah dikhususkan untuk tempat Nabi s.a.w sedangkan ayah seorang musyrik yang najis, tidak layak untuk duduk di atas tikar ini.”

Rabu, 13 April 2011

SUAMI : KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA



Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Selasa, 5 April 2011

Makna Cinta dan Kehidupan



Semua orang petah berbicara mengenai cinta, tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?
Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah juavmenyintainya vsupaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah Riwayat Ahmad Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya.

Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka. Untuk saling memahami, seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.

Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah laku, hasrat dan keputusan antara mereka. Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.

Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, kerana mereka gemar meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati, kerana mereka lebih suka memendam rasa. Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis.

Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah sebaik-baik pengharapan. Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya!
Semua orang petah berbicara mengenai cinta, tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah juavmenyintainya vsupaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci
kerana Allah Riwayat Ahmad Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu,
otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri
hingga merosakkan hidup, nescaya diburu
penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan
perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya
dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara
keduanya bagi melancarkan hubungan dan
komunikasi mereka. Untuk saling memahami,
seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya
kita sering menganggap bahawa yang meluahkan
rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar. Keintiman pasangan dilihat sejauh mana
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah
laku, hasrat dan keputusan antara mereka.
Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan
yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling
bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab
adalah antara petanda bahawa keintiman antara
mereka semakin berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat
daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau
negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud
anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap
pasangan menyebabkan hilang keseronokan
dalam perhubungan malah timbul kebosanan.
Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.
Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut,
kerana mereka gemar meluahkan perasaan
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,
kerana mereka lebih suka memendam rasa. Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan
tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara
petanda curiga serta ingin menguasai
pasangannya. Cemburu biar kena pada
tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan
alasan untuk membela antara satu sama lain.
Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha
mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang selalu hendak menang,
pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi
perhubungan apabila berlaku krisis. Usah
pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika
setiap pasangan mengharapkan cinta mereka
saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih
sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah
sebaik-baik pengharapan. Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi
mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami
keikhlasan pasangan anda seadanya!

Happy Birthday




Selamat Hari Jadi kepada rakan-rakan,semoga anda dipanjangkan umur

Isnin, 4 April 2011

Cintaku hanya padaMu



Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah SWT,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu pada orang yang mencintai
orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah swt,
nescaya kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.....

AMINAH QUTB
(Beliau merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal SYED QUTB yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya)

Dosa tidak menutup Aurat


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W dan para ahlul bait, sahabat-sahabat baginda dan mereka yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Amin

Agak lama juga tak update blog, sebenarnya saya cuba untuk menulis setiap bait kata-kata dari hati namun bila otak ligat megeluarkan idea, tiba-tiba tangan kaku, semua idea pun hilang. Saya tertarik dengan kata-kata seorang penulis blog " Bila idea hilang, mungkin Allah tahu apa yang akan disampaikan itu, penulis sendiri tak ikut" Allah kan tahu apa yang terbaik buat kita hambaNya..

Malam ini, saya cuba lagi untuk mengupdate blog dan menulis entry yang bertajuk"kenapa berdalih nak tutup aurat?"

muslimah telah Allah ciptakan mulia tarafnya dan tinggi darjatnya sama dengan Ar-rijal atau mungkin lebih tinggi. Tak percaya? nak bukti?

"Wanita solehah itu lebih baik dari 1000 lelaki soleh"

tak cukup?

bagaimana pula dengan yang ini?

daripada ummu salamah (isteri nabi Muhammad S.A.W)



Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
nak lagi?
Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

percaya tak sekarang?

Tapi, apa dah jadi dengan wanita muslimah sekarang? merendahkan martabat diri serendah epal yang jatuh menyembah bumi dari pohon tinggi. Perhiasan mereka? ditayang kepada lelaki ajnabi. Bila dipuji, " perghhh lawa siot!! " diusik si nakal, "phewwwitttt" BANGGA.... dah cukup lawa katanya. Kena tunjuk lagi ni, pakai seluar atau skirt pendek, tunjuk peha putih melepak. Rambut?? hmmm hitam sangat, nak macam artis hollywood tu.. perang. Blonde ke? tak pun merah.. Astaghfirullahalazim ukhti... Tak nak ke jadi Hurun A'in? penghias Raudhah?

saya ingin berkongsi ungkapan yang saya ambil dari blog salju sakinah

"Tidak aku gadaikan tawaran menjadi calon bidadari syurga semata-mata ingin menjadi bidadari dunia yang akan pudar kecantikannya"

Sedarlah, kecantikan yang kau banggakan bukan milikmu tapi milik Penciptanya. Tiba saat pasti akan dikembalikan. Tidak berasa malukah kita berbangga dengan kecantikan yang bukan milik kita?



Jagalah maruah dan ketinggian martabatmu akhwat. Jangan mudah sangat disentuh dan diajak bicara oleh si ikhwan. Dirimu sepatutnya tercipta mahal tapi mengapa menjerumuskan diri ke kancah kemurahan? Mudah sangat termakan pujukan rayunya berlidah buaya. Sangka diri dicintai, rupanya hanya tubuh ingin dimiliki.

Alhamdulillah... dah ramai kaum hawa yang asalnya tidak bertudung, tetapi menyimpan hajat ingin bertudung. Tapi... masih ada tapi. Mengapa BERDALIH NAK TUTUP AURAT?? Anda malu ea? takut dengan tanggapan orang nanti bila tiba-tiba terlihat anda pakai tudung. Kita tutup aurat kerana Allah. Mereka tak boleh beri kita pahala melainkan Allah. Sebagai wanita muslim, kita wajib menutup aurat..

”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An nur ayat 30)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini. (An nur ayat 31)

Asma’ bint Abi Bakr datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini”(sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Menutup aurat sangat dituntut dalam islam. Wanita yang menutup aurat akan dapat menghindarkan ftnah. Tapi ada juga yang bertudung ikut trend. Pergi sekolah atau kuliah, oh pakai tudung semestinya.. keluar bandar lepak dengan member , tudung terbang ke mana?

Satu jenis style lagi, bertudung tapi lengan pendek, tak pun rambut terkeluar kat belakang. Ada lagi seorang ni, pakai tundung tapi baju ketat. Ni la yang disindir Rasulullah S.A.W. "Berpakaian tapi telanjang"

macm ni kan bagus.sopan je..


p/s: Janganlah kita tergolong dalam golongan wanita-wanita tabarruj ini. Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim...

Sabtu, 2 April 2011

Rahsia Kehidupan dan kematian



Kata Kumail, "Saya bersama-sama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari. Dia telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata, "Ya ahli-ahli kubur ! Wahai kamu yang telah menghuni di tempat sunyi ini ! Bagaimanakah keadaan kamu di dunia sana ?Setahu kami segala harta peninggalan kamu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telahpun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit perihal diri kamu."

Kemudian sambil menoleh kepada saya, dia berkata, "Ya Kumail! Seandainya mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan sebaik-baik bekalan ialah taqwa." Airmata berhamburan dari kedua-dua belah matanya. Katanya lagi, "Ya Kumail, perkuburan merupakan tempat menyimpan segala perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikat ini hanya selepas memasukinya."

Mengikut sebuah hadith tiap-tiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya yang baik. Perbuatan-perbuatan baiknya itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabat dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang yang hodoh yang mengeluarkan bau yang busuk dan yang menambahkan kesengsaraannya. Nabi s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith, "Hanya tiga benda saja yang mengikuti seseorang ke kuburnya; harta-bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta benda dan akrib kerabatnya akan kembali selepas upacara pengkebumiannya. Yang tinggal bersama-samanya hanyalah amalannya saja."

Pada suatu hari Nabi s.a.w telah bertanya kepada para sahabatnya, "Tahukah kamu tentang perhubunganmu dengan saudara-maramu, kekayaan dan amal perbuatanmu ?"

Sahabat-sahabat semua ingin mendengar penjelasan baginda. Nabi pun berkata, "Perhubungan itu bolehlah diumpamakan dengan perhubungan seorang manusia dengan tiga orang adik-beradiknya. Apbila manusia hampir-hampir hendak mati dia pun memanggil salah seorang daripada saudara-saudaranya tadi lalu berkata, "Saudara, engkau tahu keadaan aku bukan ? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan aku ?" Saudaranya menjawab, "Aku akan memanggil doktor untuk merawati kamu dan aku akanmenjaga kamu. Kalau engkau mati, aku akan mandikan kamu, mengkafankan kamu serta mengusung jenazahmu ke perkuburan. Kemudian aku akan mendoakan kamu. Saudaranya ini ialah kaum kerabatnya. Soalan yang sama dikemukakan kepada saudaranya yang kedua. Jawapannya begini, "Aku akan berada bersama-sama dengan engkau selama engkau masih bernyawa. Sebaik-baik saja engkau meninggal, aku akan pergi kepada orang lain." Saudaranya yang kedua ini ialah harta kekayaannya. Apabila soalan itu dihadapkan kepada saudaranya yang ketiga, dia menjawab, "Aku tidak akan meninggalkan kamu walaupun di dalam kubur. Aku akan bersama-sama kamu ke tempat itu. Ketika amal perbuatanmu dipertimbangkan, aku akan memberatkan perbuatanmu yang baik." Saudara yang terakhir ini ialah kebaktian yang telah diperbuatkan. Sekarang yang mana satu yang menjadi pilihanmu ?" Jawab para sahabat, "Ya Rasulullah tidak syak lagi yang saudaranya yang terakhir ialah yang paling berguna untuk dirinya."

Jumaat, 1 April 2011

Falsafah Hidup



Dalam menghadapi alam kehidupan, sebagai manusia kita harus mempunyai falsafah hidup, kerana anda akan hidup dalam kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan dan semua hasrat dan keinginan adalah buta jika tidak disertai pengetahuan dan pengetahuan adalah kehampaan jika tidak diikuti pelajaran dan setiap pelajaran adalah sia-sia jika tidak disertai CINTA

nuffnang petikan blog

myfadhlinsakina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...