BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
INGAT...LAPANGKAN FIKIRAN!!
MINDA POSITIF ADALAH MINDA KEJAYAAN

Penaja

TERJAH
BLOG TAMINGSARIPURBA
DIARIHAMIL
PEMINATKERIS
MYFADHLINSAKINA
GELOMBANGPUTIH
Advertise Now!

"u follow, i follow"

Jumaat, 18 Februari 2011

Gambaran Neraka

Yazid Arraqasyi daripada Anas Bin Malik r.a berkata; suatu hari Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad saw. Dalam keadaan wajahnya begitu berbeza sekali.

Maka Nabi pun bertanya: “Wahai Jibril, mengapa aku melihat mukamu berlainan benar?”

Jawab Jibril : “Wahai Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka ketika ini tidak layaklah bagi orang yang sudah mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan seksaan Allah itu amat pedih, untuk bersuka-suka sebelum mereka berasa selamat daripadanya”

Lalu Nabi bersabda: “Jelaskan kepadaku sifat Jahannam itu”

Ucap Jibril : “Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka ia hitam gelap,tidak pernah padam nyalaan dan baranya”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya Neraka Jahannam itu terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah seluruh penduduk dunia ini kerana panasnya”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi,nescaya akan matilah penduduk bumi kerana panas dan bahangnya”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya satu pergelangan dari rantai yangdisebut dalam al-Quran itu diletakkan diatas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh”

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya seorang dihujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya.Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah, manakala pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu daripada orang lelaki dan perempuan”

Nabi bertanya : “Wahai Jibril, apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawab Malaikat itu: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah daripada yang lainnya, dari pintu ke pintu jaraknya 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas daripada yang lain 70 kali ganda” (Yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah saw : “Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?”

Jawab Jibril : “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun yang bernama Hawiyah.Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.Pintu ketiga, tempat tempat orang shobi’in bernama Saqar.”

“Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha.Pintu kelima, orang Yahudi bernama Huthomah.Pintu keenam, tempat orang Nasara bernama Sa’eir”. Kemudian Jibril diam seperti segan kepada Nabi sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan kepadaku siapa penduduk pintu ketujuh?”

Jawab Jibril : “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat”

Maka Nabi jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu.Malaikat Jibril pun meletakkan kepala Baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali.Sesudah sedar, Nabi bersabda : “Wahai Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat pedih perasaanku.Apakah ada seorang umatku yang akan masuk ke neraka?”

Jawab Jibril : “Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu”.

Mendengar jawapan itu,Nabi pun menangis teresak-esak, begitu juga dengan Jibril.Kemudian, Nabi masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali sembahyang.Semasa sembahyang,Nabi selalu menangis dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang petikan blog

myfadhlinsakina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...