BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
INGAT...LAPANGKAN FIKIRAN!!
MINDA POSITIF ADALAH MINDA KEJAYAAN

Penaja

TERJAH
BLOG TAMINGSARIPURBA
DIARIHAMIL
PEMINATKERIS
MYFADHLINSAKINA
GELOMBANGPUTIH
Advertise Now!

"u follow, i follow"

Selasa, 29 Mac 2011

Kisah Jilbab ♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

Ada seorang wanita yang terkenal taat beribadah. Ia sentiasa melaksanakan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya. Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab, “Insyaallah. Yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakannya maupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam…
Ia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, pelbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan dapat merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ia tidak sendiri. Ada beberapa wanita disitu yang juga menikmati keindahan taman. Ia pun menghampiri salah seorang wanita. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamualaikum, saudariku..”
“Wa alaikumsalam.. Selamat datang, saudariku.”
“Terima kasih. Apakah ini syurga?”
Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini.”
Wanita itu tersenyum lagi. “Amalan apa yang dapat membuatmu kemari, saudariku?”
“Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah.”
“Alhamdulillah..”
Tiba-tiba jauh di hujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan ia melihat beberapa wanita yang berada di taman mulai memasukinya satu persatu.
“Ayuh, kita ikuti mereka.” kata wanita itu sambil setengah berlari.
“Apa di balik pintu itu?” katanya sambil mengikuti wanita itu.
“Tentu saja syurga, saudariku” larinya semakin cepat.
“Tunggu…tunggu aku..” ia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Ia tetap tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari. Ia lalu berteriak, ” Amalan apa yang telah kau lakukan hingga kau begitu ringan?”
“Sama denganmu, saudariku.” jawab wanita itu sambil tersenyum.
Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?”
Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata, “Apakah kau tak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”
Ia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.
“Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke surgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?”

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
Tubuh wanita itu telah melewati pintu, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, “Sungguh sangat disayangkan amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Maka kau tak akan pernah mendapatkan syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Ia terpegun..lalu terbangun..beristighfar lalu mengambil air wudhu. Ia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataannya dulu..berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya.

Isnin, 28 Mac 2011

Hidup 1 perjuangan


pernahkah kita terfikir:-

  1. apa tujuan kita hidup di alam ini?
  2. apakah tanggungjawab kita pada diri,keluarga, dan masyarakat?
  3. apakah kita telah berusaha dan mencapai kejayaan?
  4. kenapa kita wujud didunia ini?

Ahad, 27 Mac 2011

Sahabat dan kawan

Sahabat dan Kawan bayak perbezaan...
Sahabat sukar dicari dalam 100 kawan
sahabat sentiasa bersama
Sahabat berjuang bersama


Sahabat bukan sekada teman

Rabu, 23 Mac 2011

Sihat Sebelum Sakit

Rahmat dan nikmat kesihatan yang baik da Allah S.W.T kepada kita selaku hambanya amat berharga,kita dapat menjalani kehidupan dan urusan seharian dengan sebaiknya dengan nikmat ini

Sihat sebelum sakit terlalu luas maksudnya kita diberikan kesihatan anggota badan,penglihatan,pendengaran,percakapan,pergerakan,pernafasan dan sistem badan yang sempurna sehingga ke suatu masa.

Bilamana Allah menhendaki dan menarik balik nikmat ini, betapa sukarnya kita menjalani kehidupan kita? bersyukurlah dan beramallah dengan segala nikmat yang masih kita miliki...

Selasa, 22 Mac 2011

Dipondok Kecil


Dipondok kecil
Dipantai ombak
Berbuih putih
Beralun-alun

Di suatu hari Ayah berkata
Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh
Kupandang wajah ayah
Dahinya kucium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
Do`akan Ayah semoga diterima
Diam adikku sayang jangan menagis
Andai Ayah gugur do`akan biar syahid

Selamat berjuang Ayah tercinta
Kau pergi dulu Ayah ke medan juang
Kuiringi do`a moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abangku kemana Ayah
Kusayang Ayah kucinta Ayah
Wahai abangku kemana Ayah
Kusayang Ayah kucinta Ayah

Duhai adikku sayang jangan menangis
Ayah-mu pergi menyambut seruan Illahi
Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah
Berjuang dan berkorban walau diamana juang
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayah-ku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah ia
Untuk menegakkan agama Islam

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara

Masihkah kita ingat tentang 5 perkara sebelum 5 perkara?
  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum mati
Ingat lapangkan fikiran,minta positif adalah minda kejayaan..!!

Bersyukur dengan kehidupan



Antara nikmat yang diberi untuk kita selaku hamba ialah dapat meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini kerana setiap masa dan setiap hari pasti ada insan yang meninggal dunia,tidak terkecuali mungkin masa kita selepas ini,mungkin kita merasakan hidup ini tidak sempurna dan tertekan dengan cabaran serta dugaan yang menimpa kita.

Kenapa kita di uji? percayalah Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu untuk kita pikul, setiap ujian akan memberikan kita kekuatan andai kita mampu menghadapinya,jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah amat luas, kita wajib mencarinya

Jika ujian pada kita dirasakan berat, percayalah masih ada ujian yang lebih berat menimpa orang lain,jangan sesekali mengambil pendekatan yang salah,kerana Allah bersama kita,
bersyukurlah dengan kehidupan kita, kerana masa kita didunia ini belum pasti sampai bila?

Rabu, 16 Mac 2011

Pintu Neraka

  1. Neraka Hawiyah
  2. Neraka Jahim
  3. Neraka Saqar
  4. Neraka Lazhaa
  5. Neraka Hutamah
  6. Neraka Sa'ir
  7. Neraka Wail
Inikah jalan kita di nanti?

Selasa, 15 Mac 2011

Bisness Online



anda suri rumah sepenuh masa? tahukah kita yang suri rumah juga mampu menjana pendapatan lumayan hanya dengan bisness online? berniaga adalah sunnah Rasulullah S.A.W, jika anda berbakat dalam bidang masakan, berniaga biskut dan kek.Jika anda pandai menjahit, pandai dalam kraftangan, semuanya mampu menjadi pendapatan sampingan anda, ayuh.. bagkitlah suri rumah, jadikan Bisness Online pendapatan sampingan anda yang lumayan

Apa khabar aku hari ini?

sesekali ketika lapang, berhenti sejenak dan berfikir dan bertanya pada diri apa khabar aku hari ini? apakah pencapaian aku hari ini sudah memadai? jika tidak...apakah usaha aku? minda positif dan bermatlamat ialah hala tuju kearah pencapaian terbaik

berSYUKUR, IKHLAS dan SABAR



Belajarlah…
Bahwa tidak selamanya hidup ini indah.
Kadang Allah menguji kita melalui derita.
Tapi ketahuilah, bahwa Dia tidak pernah meninggalkan kita.
Sebab itu belajarlah menikmati hidup ini dengan berSYUKUR.

Belajarlah…
bahwa tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan.
kadang Allah membelokkan rencana kita.
Tapi ketahuilah.. bahwa itu lebih baik dari apa yang kita rencanakan.
Sebab itu belajarlah menerima semua itu dengan IKHLAS.

Belajarlah…
bahawa cubaan itu pasti datang dalam hidup.
Sebab itu belajarlah menghadapainya dengan SABAR.

Maka itu…

Belajarlah dengan berSYUKUR, IKHLAS dan SABAR dalam segala hal.

Dan sikap itulah yang membuat sihat jiwa dan raga…..
Sesungguhnya Allah mencela sikap lemah. Kerana itu, kamu harus bertindak cerdas dan cekatan, dan ( setelah itu ) kalau kamu dikalahkan oleh suatu urusan ( tidak berhasil menghadapinya ), katakanlah , ” Hasbiyallah” ( Cukuplah Allah bagiku ) ” ( H.R. Abu Daud )

Motivasi Diri



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda:
” Barangsiapa yang hidup tenang dilingkungannya, sihat badannya, dan tercukupi keperluan sehari-harinya, maka seolah-olah dunia ini secara keseluruhannya telah diperuntukkan untuknya’

Maksud hadis ini adalah bahawa jika kita telah mempunyai makanan yang cukup dan tempat berlindung yang aman, maka kita telah mendapatkan kebahagiaan yang sempurna dan kebaikan yang terindah.

Tetapi ramai dari kita ( termasuk saya juga ni ) kadang-kadang telah meraihnya tetapi kita tidak mengingatinya, tidak memperhatikannya dan tidak menyedarinya ( mensyukurinya )

Kita selalu memikirkan apa yang tidak kita miliki dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki sehingga melupakan kelebihan yang kita miliki. Sebenarnya bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki, adalah membazirkan apa yang anda miliki

Jumaat, 11 Mac 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Antara filem yang mendapat tempat kini HKLBR, tahniah pada pihak yang telah membikin filem ini, hantu kak limah balik rumah penuh dengan misteri? berjaya menambat hati penonton

Khamis, 10 Mac 2011

Kemulian Diri Dengan Berakhlak Baik



Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

Huraian
  1. Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain.
  2. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya.
  3. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.

Rabu, 9 Mac 2011

Sayang Menyayangi

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)


  1. Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita?
  2. Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin?
  3. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri?
  4. Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita?
  1. Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.
  1. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram.
  1. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Amanah Kunci Keamanan



Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)”

Punca Segala Bencana



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)

Selasa, 8 Mac 2011

Rahsia dalam Rahsia

Kisah orang yang gagal dalam ujian kehidupan



kerana gagal dalam ujian kehidupan manusia lupa pada tuhan, kisah seorang gadis yang cuba melawan takdir kerana cinta,melakukan perbuatan cuba membunuh diri dengan memakan beratus pil demi kerana ingin menamatkan riwayatnya.
Tapi Allah maha adil,maha pengasih, gadis tersebut masih diberikan ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan, cuma akibat daripada perbuatan tersebut gadis tersebut kini telah rosak buah pinggang, terpaksa menjalani rawatan..berbaloikah perbuatannya?
Ingatlah, jika anda kecewa,jangan biarkan diri dikuasai nafsu dan syaitan.
jika anda kecewa kembalilah pada ajaran agama
jika anda kecewa mintalah pertolongan dari Ilahi

"Ya, Allah..andainya kehidupan lebih baik bagi diriku, berilah aku sebuah kehidupan yang sempurna, jika kematian adalah lebih baik untukku, kembalikan aku padaMu"

Ingat kita manusia terpilih

Isnin, 7 Mac 2011

Penyakit umat



Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini… aamiin

Sikap negatif – mengubah sikap negatif kepada sikap positif



Untuk kita merubah sikap kita kepada sikap positif, kita kena hampirkan diri dengan persekitaran positif, berkawan dengan orang-orang bersikappositif, bercakap hal-hal positif, berfikir tentang aspek-aspek positif, melihat kepada aspek positif.

Sika kita boleh diubah, yang penting kita ada kemahuan membara mahu berubah di dorong oleh keinginan mahu merubah hidup menjadi lebih bagus.

Ramai orang tersilap – perubahan yang dibuat oleh mereka hanya sementara kerana walaupun mereka mahu merubah sikap kepada sikap positif, mereka masih berkawan dengan orang-orang bersikap negatif, berkata hal-hal negatif, berfikir tentang hal-hal negatif, banyak melihat kepada aspek negatif dalam sesuatu perkara.

Kita sebenarnya yang membentuk diri kita sama ada bersikap positif atau bersikap negatif. Kekadang, kita membiarkan diri kita dikuasai sikap negatif tanpa kita menyedari.

Ahad, 6 Mac 2011

Sikap mesti di ubah menjadi semakin baik

Sudah menjadi lumrah orang sekeliling kita cepat bersangka buruk. Kenapa ya? Sebab setiap hari mereka mendedahkan diri pada yang buruk-buruk.

Mereka membaca berita yang memaparkan situasi buruk, membaca laporan berita yang memaparkan emosi buruk seperti ketidakpuashatian, kemarahan, kegeraman. Dalam masa yang sama, mereka bercakap tentang keburukan orang lain – keburukan sikap rakan-rakan bahkan keburukan adik beradik sendiri.

Kita tak akan dapat mengelak dari bergaul dengan orang yang cepat bersangka buruk. Ada kalanya bersangka buruk itu baik sebab ia mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang mungkin kita akan jumpa lalu kita kena bersedia menghadapinya. Tapi, sangkaan buruk lebih cepat meresap ke dalam minda berbanding sangkaan baik lalu menghancurkan kita perlahan-lahan, sedikit demi sedikit.

Untuk membuat kita sentiasa bersangka baik, berfikirlah yang baik-baik pada setiap situasi, pada perbuatan setiap orang dan pada setiap benda yang ada di sekeliling kita. Fikiran kena selari dengan perbuatan dan percakapan. Maknanya, selain fikiran yang bersangka baik, kata-kata kita kena diubah menjadi kata-kata yang baik. Perbuatan kita kena di upgrade menjadi perbuatan yang baik-baik.

Sikap serta perangai kita mesti di ubah menjadi semakin baik, bertambah baik dari sehari ke sehari.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Alllah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat. (HR Ibn Hibban)

Semua Berlaku Ada Sebabnya

Motivasi ada di mana-mana. Buka mata dan tafsirkan dari pandangan positif. Dalam berita-berita buruk, ada pengajaran baik di sebaliknya untuk membuat kita berfikir. Sesuatu tak akan terjadi tanpa ada sebab.

Anda lahir ke dunia,bersekolah dan belajar untuk melengkapkan Anda jadi insan berguna. Itulah sebabnya.

Anda dirundum masalah untuk membentuk Anda jadi insan matang, mampu membuat keputusan serta mampu membezakan baik dan buruknya sesuatu. Itulah sebabnya.

Jika Anda merasa Anda jadi kurang bersemangat, fikir balik apa tujuan Anda. Fikir apa tujuan Anda sebagai seorang anak.

Fikir apa tujuan Anda sebagai seorang pekerja, fikir apa tujuan Anda sebagai seorang isteri, seorang ibu juga fikirkan peranan Anda.

Anda akan terdorong untuk maju ke depan bila Anda tahu apa peranan Anda dan fungsi Anda. Walaubagaimanapun, perkara ini berkait dengan hati. Anda kena fikirkan apa peranan Anda. Lakukan ‘mental check’.

Perubahan berlaku ada sebabnya, untuk membuat kita berubah menjadi seseorang yang baru

Jumaat, 4 Mac 2011

Jualan Keris di Blog...Murah...Murah...Mahal

Keris merupakan satu warisan unik daripada orang terdahulu, keris bukan lagi digunakan sebagai senjata tetapi merupakan satu koleksi yang menarik dan amat cantik

Keris Antik / Keris Pendek (RM 27000/27K))

http://tamingsaripurba.blogspot.com




Keris yang amat bernilai dari segi kualiti,sejarah dan usia
  1. Diperolehi dari seorang ulama dari pattani
  2. Merupakan keris asli yang antik dari segi usia
  3. sampir dan hulu dari gading
  4. memiliki hiasan EMAS ASLI
  5. Merupakan keris pendek asli dan mempunyai tulang
  6. ada sebaris ayat pada badanya
  7. sesuai dijadikan pakaian diri, koleksi peribadi dan hiasan yang amat bernilai
  8. Bagi yang berminat urusan pembelian keris ini hanyalah melalui pertemuan bersemuka, tidak akan menggunakan perkhimatan pos kerana ianya AMAT BERNILAI
  9. Bagi ahli Kelab Peminat Keris dan Senjata Lama (KERIS) potongan harga diberikan

Masalah akan selesai bila Anda fokus pada penyelesaian masalah


Kebanyakan daripada kita tidak tahu cara minda separa sedar bekerja. Kesannya, hidup kita seperti dikawal oleh fungsi ‘auto-pilot’ – kitaran hidup kita sama saja setiap hari. Kita mengalami masalah yang sama setiap hari, kita melalui situasi-situasi sama setiap hari.

Untuk kita merubah diri ke tahap yang lebih baik, kita perlu memahami bagaimana untuk mengawal minda separa sedar supaya dengan itu kita dapat mengawal hidup kita. Maksudnya, kita boleh memunculkan situasi-situasi yang kita mahukan, kita boleh mencapai apa saja yang kita nakkan bergantung pada kemahuan kita.

Lebih besar gambaran minda Anda, lebih lama minda separa sedar ambil masa untuk merealisasikannya. Lebih kecil gambaran minda Anda, lebih cepat minda separa sedar Anda merealisasikannya.

Contoh? Masalah.Ramai orang suka memikirkan masalah juga menggambarkan masalah. Masalah adalah gambaran minda yang kecil sebab masalah ada situasi yang kecil, berlaku di masa sekarang (bukan di masa hadapan).

Kita tak nak masalah muncul dalam hidup kita. Tapi, kita selalu berfikir tentang masalah, memikirkan masalah dan meratapi betapa malangnya hidup kita sebab dirundum masalah.

Masalah yang muncul dalam hidup kita sebenarnya berpunca dari fikiran kita sendiri, jadi kita kena bertanggungjawap atas segala kesilapan dan permasalahan yang dah berlaku.

Kekadang kita tak sedar yang kita suka membayangkan masalah bermula dari saat kita bangun tidur. Ada orang, tiap kali bangun pagi, terus terbayang betapa susahnya dia melalui hari itu – dengan kesibukan kerja, traffic jam, stress, dimarahi bos, jumpa kengkawan yang perangainya menyakitkan hati, ngan perangai orang rumah yang suka marah-marah.

Benda ni semua tak berapa besar, situasinya kecil-kecil saja lagipun ia mengambil masa beberapa jam yang akan datang, bukan beberapa tahun yang akan datang. Oleh kerana jarak waktunya yang pendek, minda separa sedar cepat merealisasikannya. Anda fikir saja, semua tu akan berlaku beberapa jam yang akan datang.

Maka, seboleh mungkin jangan memikirkan masalah ketika Anda bangun pagi. Sebab, pada ketika itu, suasana masih tenang dan minda Anda juga masih relaks.

Untuk kita mencetus kecemerlangan, fikirkanlah kecemerlangan start dari kita bangun pagi. Fikirkan hal orang-orang cemerlang, fikirkan cemana cara yang Anda boleh gunakan untuk Anda jadi cemerlang, fikirkan cara cemana Anda boleh jadi bersemangat dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Itu lebih baik dari asyik memikir masalah.

Fikirkan cara cemana nak menyelesaikan masalah. Masalah akan selesai bila Anda mula fikir cara penyelesaian, bukan memikir masalah tu sendiri.

Khamis, 3 Mac 2011

Bersihkan hati dengan bacaan selawat



Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.

Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.

Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.

Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.

Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.

Mulakan sesuatu bermula dengan langkah kecil



Kita takut untuk memulakan sesuatu sebab kita anggap apa yang kita nak mulakan tu sesuatu yang besar, susah dilakukan atau mungkin akan gagal.

Kita takut mendepani apa yang akan terjadi nanti andai kata kita silap, atau apa yang kita buat tak berhasil. Mungkin juga kita akan malu berdepan sanak saudara jika apa yang kita usahakan lari dari perancangan.

Untuk melawan rasa takut, mulakan tindakan dengan langkah yang kecil. Kejayaan besar bermula dengan langkah-langkah kecil, one little step at a time.

Dari setiap langkah, Anda belajar sedikit demi sedikit. Selepas itu, pelajari pekara baru kemudian perbaiki apa yang dah dipelajari sebelum ni. Lama kelamaan Anda akan semakin mahir lalu menjadi semakin konpiden. Anda akan semakin optimis yang usaha Anda boleh berhasil.

Secara saikologinya, kita cukup bagus melakukan sesuatu apabila kita melakukannya dalam jumlah yang kecil, difokuskan satu-persatu. Sejarah Islam sendiri pun ada cakap, Nabi Muhammad s.a.w. dulu berdakwah secara kecil-kecilan (diam-diam) sebelum Baginda berdakwah secara besar-besaran (terbuka). Kejayaan Islam menjadi salah satu agama yang paling ramai penganut di dunia hari ni bermula dengan langkah-langkah kecil dimulai oleh seorang Rasul bernama Muhammad s.a.w.

Rabu, 2 Mac 2011

Motivasi - 3 Perkara pemangkin Kejayaan



Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:

1. Hati.

2. Minda.

3. Tindakan.

Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.

Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.

Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif.

Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:

1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.

2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.

3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.

4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.

5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!” 6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.

Apapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.

Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.

Selasa, 1 Mac 2011

Allah sentiasa bersamamu..



'...Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya, begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa.. tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya, jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang, jika kau merasa sedih pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...'

nuffnang petikan blog

myfadhlinsakina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...